Tuesday, April 6, 2010

Kanvas Biru

718132519-28b.jpg

Didalam membelek helaian demi helaian kenangan itu,
Terpancarnya satu cahaya kesedaran,
Seperti putaran cahaya filem memainkan cakera,
aku menonton..

Setiap babak ceritera itu membawa maksud yang berbeda..

Berpuluh senyuman..
Beratus kemanisan..
Beribu tangisan..
Berjuta kedukaan..

Dalam kita cuba mencipta sebuah potret kebahagian sebagai pameran bersama,
Aku melukis, engkau mewarnakannya,
Tetapi aku tidak sedar bahawa telah menconteng dan merosakkan imej yang ditampilkan hanya kerana engkau telah tertumpahkan air diatas kanvas tadi.

Aku koyakkan keseluruhan lukisan itu dengan amarah sehingga aku berada dibawah sedar tentang pembelian asas seperti kanvas, pewarna dan segala keperluan yang diberi oleh kamu.

Ini hanya antara babak didalam filem tadi.

Sebagai bekas pelakon filem Kanvas Biru, aku telah sedar segala emosi yang terjadi pada waktu itu datang dari diri kita sendiri.
Manusia mempunyai hati dan perasaan.

Aku akan pergi membawa cebisan kanvas yang koyak ini.
Aku tahu engkau kecewa.
Pergilah kamu membawa peralatan ini. Aku berikan engkau kanvas baru agar kau dapat melukis lagi.

Aku hanya mahu melihat engkau melukis dan terus melukis.






2 comments:

shazreena myeor said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

sweet imagine..
dan saya seperti dapat menangkap maksudnya..

anggaplah ini satu ujian yang perlu ditempuhi.. sebagai satu muhasabah diri..

~dya~