Friday, August 28, 2009

Peperangan bintang



Kita teruja akan aromanya
Ternyata membawa kita hanyut ke suatu destinasi kental
Bersama taulan membuang waktu kekusutan rohani
Pelbagai agenda dan ideologi bernas mengelilingi otak
Murni yang membuang waktu
Melunaskan nafsu di atas sekeping nota berharga
Kita menghidu ia..ahhh

Dunia berputar melewati waktu - waktu berharga
Menjadikan kita bangsa yang tidak bernyawa
Dibunuh khemestri penjajah
Nyiur tanpa sedar
Kita hanyut melewati ceruk masa

Sadarlah wahai pemuda harapan bangsa
Kitalah bangsa yang lemah dalam dunia antarabangsa
Kemegahan sementara ditanah tumpahnya darah.

Thursday, August 27, 2009

Di ruang udara tepu

Didalam ruang udara yang sempit berjerebu
Neo bising dan neon benderang hinggap di bandaraya berdebu
Manusia hipokrasi bertempiaran
Penipuan berarak bebas
Bersama dajal bermain kotor
Memang aku ambil tahu
Untuk tidak kesesatan
Di tengah kekalutan
Didalam halusinasi perogol durjana
Lelaki yang tidak kenal undang - undang laki laki adalah lelaki sampah!
Busuk!
Terrorist
!
Harus diletupkan saja alat sulitnya sampai lunyai biarkan mati.
Gatal yang melanggar hak.
Adakah malam ini detik hitam bakal mengiringi?
Menjejaki si petualang bangsa sejati.


di ruang angkasa raya..




Dira Abu Zahar



Kian manis namamu
Seantero jagat maya
Selantang suara reformasi penuh revolusi
Di bawah naungan berkat
Yang kehadiranmu adalah perjuanganku
Yang kewujudanmu adalah kesedaranku
Dan kelahiranmu adalah keinsafanku
Ternyata bila aku dungu, bosan, terlalu cerdik dan khayal
Kau sadarkan aku dengan merobohkan bangunan M
Sesekali melewati ceruk waktu
Mengenang kembali detik aku berdiri mengenggam tangan
Walaupun seketika
Menenangkan perjuanganmu melahirkan dia
Kini berlarilah kamu sepuasnya
Agar dapat kau kembali bernafas
Yang pernah dimatikan aku..
Aku yang masih bernafas dalam lumpur sandiwara
Di relung - relung tanahair ini.
Wadah kemunculanmu adalah titik tidak bernoktah.

Ash BAU
Kuala Lumpur

26 Ogos 2009

Wednesday, August 26, 2009

Bangkai di kaki demokrasi pseudo

Ini bukan cerita politik negara, bukanlah cerita tentang KMM ataupun Malayan Union. Tetapi cerita tentang kekalutan siasah dalam industri seni yang suka bermegah.

Seni telah dijadikan platform oleh manusia rawan sebagai perjuangan dengan bernuansakan baju yang serupa dengan aktivis barat. Kononnya melambangkan golongan mereka ini mangsa kepada pelahap kuasa.

Pandanganku jatuh pada asap tebal, berjujuk merangkak di bumi gersang melakarkan keangkuhan dan ketololan serta kemunafikan para pertualang SENI!

Apakah demokrasi yang kami junjung kini telah diliwat, dirogol atau diperkosa demi kekuasaan untuk kemegahan sementara?

Aku manusia kecil.
Namun suaraku tidak kecil.
Cuma sering diperkecil dan dipencilkan.
Hanya kerna aku manusia pinggiran.

Dan kini segalanya tidak relevan dan kebodohan itu tiba - tiba mengembang seperti wap memenuhi angkasa raya negaraku, Malaysia.

Seandainya jasadku kaku hari ini dan diusung orang ke makam, aku rela dan terlalu bahagia kerana aku bukan pengampu dan penjilat terhormat.

Bangsaku mudah terpengaruh dalam dunia pseudo!


sekadar gambar hiasan

Monday, August 17, 2009

Aku Seorang Psycho

Dalam kehidupan yang nyata, tidak semua kemahuan hati dapat membahagiakan. setiap langkah kita berpijak bahawasanya pasti akan melalui saat getir yang membawa kita ke suatu destinasi.

Kita ini punya akal fikiran untuk memilih. Di dalam saat kita memilih itu terkadangnya kita melakukan satu perbuatan yang bodoh di mana penyelesalan akan menyusul. kenapa kita ini tidak sempurna? Kenapa kita tidak boleh meramal masa depan supaya kita dapat merencanakan sesuatu dengan mudah.

Mengapa tidak dijadikan saja manusia itu sempurna? Supaya kita tidak melakukan kesilapan dalam setiap detik perbuatan dan menyusahkan kehidupan orang lain?

Di telinga ini hanya ada BABI, PUKIMAK, SIAL, BUSTARD, BAPAK KAU, BODOH, MACAM HARAM.

Aku benci mempunyai perasaan.

Fikiranku buntu, kusut, kesunyian dan penglihatan ku gelap..
Aku mahukan udara itu.. aku mahu menghirup sepuas-puasnya..

Adakah aku tergolong dalam orang-orang yang sesat?
Pentingkan diri sendiri ke aku ini?
Aku mahu berhenti berharap.

Kerana
aku tidak mahu lagi jadi BABI, PUKIMAK, SIAL, BUSTARD, BAPAK KAU, BODOH, MACAM HARAM.

HAHAHAHAHA!!!!

Friday, August 14, 2009

Suara Diri..

Sementara menunggu jalanraya yang sedang dibanjiri dengan besi berenjinkan buatan tempatan dan antarabangsa serta sebaran penyakit babi yang sedang menular di sana sini. Aku menulislah apa yang patut dengan kepala serabut berintikan tugas2 harian yang susah nak kaya ni.

2 filem dalam perancangan, 3 telemovie dalam perjalanan. Aku si pengarah muzik. Boleh ke aku buat ni. Macam tak mampu je.. Arghhhh!! Aku redah.. demi permata hati yang tersayang. Anggun.

Semalam aku membuang waktu bersama anggun sementara mummynya sedang melaksanaan tugas beratnya di DBP. Dari matanya, aku lihat macam-macam. Dah makin membesar budak ni. Lasak dan cakap banyak sambil melayan lagu YUNA.

Baru nak masuk 2 tahun - LAGU YUNA?
Kalau 4 tahun? Lagu BJORK ke apa?

Playstation : Mummy! Yang nombor dua bila? Nak buat kawan untuk anggun, kot. Hahaha! Jangan ler marah.
.

Thursday, August 13, 2009

Antara Seni Dan Politik

Kelakar lah aku tengok dengan situasi orang seni dan orang politik sekarang ini.
Orang seni bertutur kata seperti orang politik dan orang politik sebaliknya. Hmm..

Perlukah beb?

Bagi aku seni itu adalah dari hati. Seni tidak boleh dibeli.
Diploma dan degree itu hanya tuntutan kehidupan kerna tidak semestinya bijak itu cerdik. Kita boleh belajar tentang seni kerana minat. seni yang asli itu datang dari darah dan genetik keturunan. anugerah dari raja manusia.


Contoh : Wolfgang Amadeus Mozart boleh mencipta lagu untuk orkestra ketika beliau berusia 4 tahun.


Begitu juga dengan orang politik, ia datang dari darah dan genetik keturunan. Kita boleh menuntut kerana minat.

Bila orang bangga BERBICARA tentang politik, aku teringat ketika aku sedang bersembang dengan Ezam Mohd Nor sebulan yang lepas. "Tidak ada kepercayaan dalam politik kerana dalam politik, hanya ada kemahuan. aku ada kemahuan aku, kau ada kemahuan engkau."

POLITIK - KEMAHUAN
POLITIK UNTUK RAKYAT - KERJA
SENI - MACAM - MACAM DA...

Tak kisah lah parti apa pun.
BULAN, KERIS, BONTOT, ROKET sama je semua..

Orang politik ada seninya sendiri iaitu melalui kata - katanya.
Bagaimana dengan orang seni yang bermain kata seperti ahli politik yang masyur?

*biarkan lah mereka nak berseni dan berpolitik.

Damai!

Dia

Perih yang aku cari yang membuatku hidup dengan jiwa yang telat mati.
Badai, angin dan taufan menghempas tidak mampu membuangkan imagi wajahmu.
Kuasa dan semangatku bangkit dengan setiap bait kata.

Aku bertuah dibumi tuhan ini.
.

Jika mentari panasnya tak lagi menyengat.

Aku sempat merasakan kehangatanmu
Tempatku berpijak ini menjadi saksi

Nyanyikanlah lagu yang menghibur hati
Kerana kita pernah lelah bersama
Biarkan sang waktu yang menguji semua yang ditawarkan..

Yakinkan aku bahwa akulah pewarna kehidupanmu

Perjuangan aku masih kental untuk merubah cara

Aku musisi jalanan yang kotor

Kau selimuti duka dengan senyummu
Cuba dengarku berbisik
Masihkah ada rasa itu?
Mungkin ini memang jalan takdirku
Kaulah mimpi yang tak terwujudkan..

Biarlah..

Marilah kita menari.
Menari hanya kita yang tahu.