Monday, April 5, 2010

Tersorok di dalam Macbook Puteh

Semasa aku mengemaskini macbook puteh aku yang sarat dengan sampah, aku terjumpa cebisan lirik yang hampir aku tidak sedar kewujudannya.

Aku tersenyum sendiri.

Bila aku membaca lirik yang tidak terlalu berat bahasanya ini, melodinya terus keluar dalam kepala. Oh, lagu ni..

Sekarang ingat sudah. Kalau ikutkan tarikh file ini 22 Julai 2008 pada 3.15am. Kat mana aku masa ini ya?

Leka dan pelupa. Itu aku..

Kasih,
Kau yang pertama
Bisa merobek hati
Ayu raut wajahmu
Membuat ku terpaku

Saat kali pertama
Kita bertentang mata
Sayang aku tak bisa
Melupakan semua

Sehingga kita mengikat janji
Untuk sehidup semati
Sebagai tanda kita bersama

Kasih,
Kau yang selalu ada
Saat aku berduka
Sifatmu melambangkan
engkaulah wanita

* Bertahanlah... Jangan kecewa
Bila badai datang memusnahkannya
Percayalah... Aku terima
Andai cinta kita sampai sini saja
Oh dengarlah..


Nanti aku post demo lagu ini. Sedap gak.. Err, bukan nak puji diri sendiri ya. Aku memang suka benda yang sedap. Biasalah, hidup dalam dunia sendiri.

Aku rasa dah sampai waktu aku record demo lagu ni. Bongok betul la.

p/s: Betul ke bang nak bagi Rossa menyanyikan lagu "Berakhir Sudah". Takpelah bang, taknak mengharap apa - apa. Saya jalan terus saja.











3 comments:

Dina Dior said...

lagi hebat dr lagu "Berakhir Sudah" ka nie..huuu

Ashkravat said...

Berakhir sudah lebih ke arah kekecewaan. Lagu ini lebih ke arah pemujaan.

Anonymous said...

ash, cepat lah post dmeo lagu ni. mcm xsabar nak dgr. sbb lirik cm best gila. serious. WHOA!