Tuesday, January 5, 2010

Selamat Tahun Baru 2010


Salam semua, generasi 2020.

Jari ini kembali menari di papan kekunci macbook putih yang kekotoran setelah hampir 3 bulan bermuram durja. Aku sibuk dengan rutin kehidupan tetapi tidak sibuk untuk menaip, cuma aku MALAS..

Setelah menghambakan diri hampir 8 minggu yakni bersamaan dengan 60 hari/2 bulan didalam program sehati berdansa. Inilah 2 bulan yang aku sendiri tak pernah bayangkan dalam perancangan dan bajet kehidupan aku. Pengalaman yang hebat! Terima Kasih kepada choreographer - Ezrey, Persatuan Thalesemia Malaysia dan semua DIRASH Supporter yang tak pernah mati dengan tunjuk ajar serta sokongan mereka. Tanpa mereka, aku masih kosong.

Kita semua pun sudah mengetahui takhta juara bagi program sehati berdansa 3 ini telah pun menjadi milik Sein & Nana dan naib juaranya adalah Sazzy & Nazril. Tahniah dilafazkan jujur dari bibir ini. Segala penat lelah anda telah pun terjawap. Cuma aku berharap jawapan yang diterima dapat mententeramkan hati dan nafsu sahabat - sahabatku ini.

Selepas bersama hampir 10 minggu, aku dan semua peserta serta hos Fahrin Ahmad mengambil peluang ini untuk pergi bercuti ke Krabi, Thailand. Hanya Enot & Zainol tidak dapat bersama kerana bercuti di Langkawi. Masing - masing pun dah lama tak ambik cuti jadi percutian akhir tahun ini merupakan percutian membalas dendam. 4 hari 3 malam bersamaan 28hb - 31hb Disember di Krabi memang terbaik! Pantai, pasir, makanan dan suasananya semua cantik. Berdosa untuk melupakan keindahan itu.
Bercadang untuk menghabiskan percutian ini dengan sambutan menyambut kedatangan tahun baru 2010. Rezeki tidak menyebelahi dan kami terpaksa pulang.

Anita & Ismadi, Enot & Zainol, Mirnawan & Norah, Didie & Sham, Oshin & Firdaus, Isma & Zul, Sazzy & Nazril, Sein & Nana dan Fahrin Ahmad..

Lu memang CAYYAAHHH DOWH!!!

Selamat datang kehidupan normalku.. kembali bertugas.


P/S : Banyak lagi gambar sebenarnya..tapi sexy sangat. BAHAYA!





Thursday, October 29, 2009

Di Minggu Kedua Aku Berdansa


Dengan waktu yang singkat, berlalu sudah beban minggu kedua sehati berdansa. Walaupun penat dengan tugasannya, kehidupan di alam realiti tetap harus diteruskan. Terkadang aku merungut dengan tanggungjawap baru ini, bimbang menganggu prestasi kerjaya. Akan tetapi melihat wajah - wajah yang setia berada dibelakang menyokong membuatkan aku lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan ini. Pokoknya jiwa halus ini harus ikhlas. Aku sukakan bebanan ini.

Aku memang suka menari, tetapi aku lebih sukakannya kini kerana aku sedang menuntut seni tari itu sendiri, pernah aku belajar secara formal tapi terlalu singkat untuk berbangga. Seni itu ada nilainya, jadi setiap yang bernilai itu tidak mudah. Sekarang baru aku mengerti menari itu satu seni yang mahal harganya. Aku rasa rindu bila minggu berselang ganti.

Dulu aku selalu kutuk dan bencikan program realiti.
Sekarang ini aku suka bercampur takut berkalikan sedih.
Kerana masa untuk ayah, bonda dan anggun semakin terbatas..

Tuesday, October 13, 2009

Sehati Berdansa

Aku akan berdansa

Bersama permaisuri tercinta

Dilantai dimensi dunia

Menjadi permainan sang pengcahaya

Aku akan berdansa

Mewakili Persatuan Thalassemia

Yang memerlukan darah

Untuk mereka terus bernyawa

Sehati berdansa?

Medium untuk aku menjadi penderma?

Sunday, September 6, 2009

BAU Tahi!


BAU IS BACK!

Setelah sekian lama menantikan kelahiran muzik video terbaru selepas Potret (2004). Akhirnya termakbul sudah hajat dengan lahirnya muzik video baru, Anggun bersama-sama dengan anggota tentera yang baru.

Pengambaran muzik video ini mengambil masa sehari suntuk. Bulan puasa lak tu, banyak sungguh dugaan semasa pengambaran dengan muka yang LEBAM!

Kami memberikan tanggungjawap dan juga nyawa kami ini kepada pengarah muda yang berbakat, Moon (Seribu Tahun - Butterfingers) untuk dilunaskan dengan tenangnya.

Nantikan lah kemunculan ANGGUN. Peace!



komposer & penulis lirik ANGGUN - Ash BAU


Penulis Lirik Bersama - Isma Yusoof




Penerbit Muzik Video ANGGUN - Daud BAU





Friday, August 28, 2009

Peperangan bintang



Kita teruja akan aromanya
Ternyata membawa kita hanyut ke suatu destinasi kental
Bersama taulan membuang waktu kekusutan rohani
Pelbagai agenda dan ideologi bernas mengelilingi otak
Murni yang membuang waktu
Melunaskan nafsu di atas sekeping nota berharga
Kita menghidu ia..ahhh

Dunia berputar melewati waktu - waktu berharga
Menjadikan kita bangsa yang tidak bernyawa
Dibunuh khemestri penjajah
Nyiur tanpa sedar
Kita hanyut melewati ceruk masa

Sadarlah wahai pemuda harapan bangsa
Kitalah bangsa yang lemah dalam dunia antarabangsa
Kemegahan sementara ditanah tumpahnya darah.

Thursday, August 27, 2009

Di ruang udara tepu

Didalam ruang udara yang sempit berjerebu
Neo bising dan neon benderang hinggap di bandaraya berdebu
Manusia hipokrasi bertempiaran
Penipuan berarak bebas
Bersama dajal bermain kotor
Memang aku ambil tahu
Untuk tidak kesesatan
Di tengah kekalutan
Didalam halusinasi perogol durjana
Lelaki yang tidak kenal undang - undang laki laki adalah lelaki sampah!
Busuk!
Terrorist
!
Harus diletupkan saja alat sulitnya sampai lunyai biarkan mati.
Gatal yang melanggar hak.
Adakah malam ini detik hitam bakal mengiringi?
Menjejaki si petualang bangsa sejati.


di ruang angkasa raya..




Dira Abu Zahar



Kian manis namamu
Seantero jagat maya
Selantang suara reformasi penuh revolusi
Di bawah naungan berkat
Yang kehadiranmu adalah perjuanganku
Yang kewujudanmu adalah kesedaranku
Dan kelahiranmu adalah keinsafanku
Ternyata bila aku dungu, bosan, terlalu cerdik dan khayal
Kau sadarkan aku dengan merobohkan bangunan M
Sesekali melewati ceruk waktu
Mengenang kembali detik aku berdiri mengenggam tangan
Walaupun seketika
Menenangkan perjuanganmu melahirkan dia
Kini berlarilah kamu sepuasnya
Agar dapat kau kembali bernafas
Yang pernah dimatikan aku..
Aku yang masih bernafas dalam lumpur sandiwara
Di relung - relung tanahair ini.
Wadah kemunculanmu adalah titik tidak bernoktah.

Ash BAU
Kuala Lumpur

26 Ogos 2009