Tuesday, March 9, 2010

Apakah yang kita mahukan dalam kehidupan?


Masa kita semua kanak-kanak dulu, ayah dan bonda atau guru mesti bertanya "Apakah cita-cita kita bila besar nanti?". Ada yang menjawap GURU, POLIS, ASKAR, PEREKA, PENCIPTA, PELAKON, PENULIS, PENYANYI, DOKTOR, PEGUAM dan lain-lain. Ada juga yang sampai ke tua tak tau nak buat apa!

Tetapi tak semua impian kita untuk mencapai cita-cita kita zaman kanak-kanak dulu tercapai. Ada yang belajar bagus tapi tak cukup duit, yang kurang bijak belajar mak bapak dia pula banyak duit sampai boleh hantar ke London.

Tidak kurang juga yang menuntut sampai ke menara gading tetapi lain yang dibelajarnya lain pula yang jadinya. Yang perempuannya pula, menuntut tinggi sampai atas pokok. Bila kahwin, duduk rumah main, makan, tidur dan mengandung saja kerjanya. Ada yang mempunyai ijazah dan diploma tetapi hanya gantung di dinding.

Apakah penyebab/punca kepada masalah - masalah generasi kita? Atau sebenarnya setakat tidak mahu digelar anak durhaka, belajar kerana terpaksa? Apakah kerajaan buat untuk membantu mereka yang mempunyai alter tersembunyi?

Kadang-kadang terutamanya masyarakat melayu janganlah mempunyai sikap sombong bila ada ijazah ataupun PHD kalau tidak mempunyai sikap/sifat yang suci. Janganlah cepat berbangga dengan bekerja untuk kerajaan makan gaji besar, pakai BMW dah boleh sombong.

Lim Goh Tong, pengasas kepada Genting Berhad dan pemilik Genting Group, Asiatic Development Berhad & Star Cruises ini belajar pun tak tinggi mana. Beliau berasal dari negara China dan berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1937 mengikut jejak langkah sepupunya.

Menjual biji benih sebagai sumber pendapatan keluarga selepas bapanya meninggal dunia ketika beliau berusia 16 tahun. Pada mulanya berkerja di Malaysia sebagai tukang kayu dan berkembang sehinggalah berjaya menubuhkan syarikat pembinaan Kien Huat yang bertaraf kontraktor Kelas A.

Antara projek-projek yang dilaksanakan ialah Empangan Ayer Itam yang terletak di Pulau Pinang dan Projek Pengairan Kemubu.

Lim Goh Tong tidak fasih berbahasa Inggeris sebaliknya hanya berurusniaga dengan menggunakan Bahasa Mandarin & Bahasa Melayu. Sekiranya memerlukan, beliau akan menggunakan khidmat penterjemah. Projek Indahpura seluas 8000 ekar yang terletak di Kulai, Johor merupakan salah satu projek pembangunan hartanah oleh Asiatic.

Sifat beliau yang merendah diri dan senang bergaul dengan orang bawahan di mana beliau sendiri yang akan memantau dan bersama-sama melakukan kerja. Seorang yang menepati masa serta rajin berkerja.

Beliau pernah dilabel sebagai gila oleh kerana ideanya untuk membangunkan Genting Highlands..

“When I decided to develop Genting, there were also people who said I was mad and doomed to failure. But I went on to build it up steadily into an internationally renowned holiday resort. As for the cruise industry, isn’t Miami a success story? If the Westerners can do it, so can we Asians”

Meninggal dunia pada 23 Oktober 2007 sebagai orang terkaya di Asia Tenggara dengan nilai kekayaan sebanyak RM 421.8 bilion.

Tidak terfikirkah kita sebagai orang melayu yang beragama islam. Mengapa Allah memberi beliau rezeki sehingga kaya dan banyak harta? Lantaklah dia buat tempat judikah, maksiatkah. Kita tiada hak untuk menghukum seseorang itu kecuali Allah. Terfikirkah kita?

Teringat kata - kata sahabat saya,

"Kita minta, Kita usaha, Dia beri."

p/s: Tak semestinya bijak itu cerdik, Tak semestinya bodoh itu dungu.

4 comments:

syukrina othman said...

kenapa eh orang melayu menjadi layu eh? hmmm..
Biarlah kita jadi Seperti padi.
semakin berisi semakin tunduk.
Terima kaseh kongsi cerita about GH owner ash.

Unknown said...

Indah akal kerana tajam fikiran seperti Ash.......

Ashkravat said...

Terima Kasih..
Tidak semua keindahan akal itu dihargai orang.

Unknown said...

dunia sekarang memang mcm tu.... kalau kita ada pangkat serta kedudukan, xde akal pun tetap dsanjung tinggi....