Tuesday, March 9, 2010

Ini Budak Memang Kecoh!

Ini budak memang kecoh..

Pagi - pagi kalau bangun mesti cari kak neni a.k.a bibik dia. Bila tanya dah makan? mesti jawap "akan ashi ngan ayam".. itu je la modal kau ya.
Satu lagi peel si kecil yang degil ni, dia makan apa sahaja kecuali yang pedas dan masam, minum air milo dan yang manis2.
(Perangai sapa ni?).
Dah la pompuan tapi suka main bola..tendang tepat pulak tu. Kalau daddy or mummy dia nak makan, mesti dia nak join sekali. Ini budak memang comel, mana - mana dia pergi mesti dapat geng. Tak kisah la tua ke muda ke. India, Cina, Melayu, mat salleh semua dia kawan. Tiada istilah racisme dalam jiwa dia. Pandai bikin hati cair woh!

Video dan barang permainan kesukaannya "Spongebob". Belambak sudah kat rumah tu mummy dia belikan, tak termasuk yang daddy, atuk dan nenek dia yang beli. Kalau bangun pagi, tak cari kak neni, dia nak tengok "Spongebob". Bunny dia tak layan sangat pasal ada elemen pendidikan kecuali lagu ABC. Hahaha! kalau pegi jalan, mulut dia yang paling bising. Jangan bagi dia nampak logo mickey mouse beb, spongebob ataupun bentuk2 yang bulat. konpem
" Waaaaaaaaaaaaahh!!!! ball!!" (menjerit kepuasan).

Kalau aku nak buat lagu, dia pun nak jugakkkk. Instruments kegemaran dia gitar dan keyboard. Djembe kecil yang aku beli masa kat Sarawak dan Seruling Thailand dia dah khatam dah.. Pernah sekali tu aku pakai boxer ada design gitar, dia tunjuk kat gitar aku sambil berkata "Shama, Shama". Lepas itu dia petik gitar di boxer aku. Boleh?

Satu lagi yang aku tabik kat budak ni..dia tahu letak kasut kat tempat yang sepatutnya bila sudah dipakai. Tutup pintu kalau terbuka. Dah nampak dah dia punya disiplin diri tapi tak serious..

Bulan Mei ni, aku dengan mummy dia bercadang nak masukkan dia kat smartreader. Dengan harapan pandailah cakap omputih sikit dan semestinya mahukan dia pandai membaca lah.. minat membaca tu nampak tapi banyak main!

Ini budak memang kecoh.. si kenit yang digelar TENGKU ANGGUN DEANDRA.

p/s: Paling best kalau tanya dia sayang daddy ke mummy, dia jawap "mummy daddy".

Aku tersenyum bangga :)




6 comments:

syukrina othman said...

budak nama tengku anggun deandra tu memang omel gilerrr..

Paling tak boleh tahan di petik guitar kat boxer ash...wawawawhaha

Ash BAU said...

Dia semakin bijak :)

Zana said...

sukenyeeeee dgn kanak-kanak.....
bagus ash.....smartreader memang sekolah yg bagus.......tak rugi hantar sana walaupun agak mahal...

ZaRrY said...

"Lepas itu dia petik gitar di boxer aku. Boleh?"

wakakakakakakakaka

Suhaila Anuar said...

petah bercakap macam mummy dia ;)

love.leen said...

hujung thn lepas i byk buat survey pasal kindergarten. i choose q dees for my daughter. umo dia 5 thn this year. sblm ke q dees, i pegi dlu ke smart reader. yg i bleh compare is smart reader kebanyakan pakai guru bangsa melayu. bukan tak nak bg peluang pada bangsa sendiri atau nak kondem cume mereka usually gunakan broken english. mcm q dees nie gurunya bangsa cina dan india kecuali ustazah ajar agama. makanan pulak, smart reader bg mkanan mcm biscuit, bun sebab diorang tak de org utk prepare food @ masak kat skolah. kat q dees my daughter dah blaja mkan bbur nasi, bhun sup, speghetti. something new for her sebab sblm skolah dia susah nak makan. makan nasi pun kosong kalau mood ok nak lauk ayam greng. tu pun skit je. fees... q dees xtra 2-3 rtus setahun tp bonusnya dia ada swimming class once a week. i nak my daughter blajar swimming sebab dia agak takut ngan air n utk bantu dia masuk skolah aminuddin baki bla dia nak ke skolah menengah nnti. in case result upsr dia kantoi hehe... last one kebnyakan smart reader beroperasi di shop lot. q dees pulak so far hanya di rumah @ mesti ada kawasan lapang. this is just my opinion, choose the best for ur daughter. for me ini adalah long term investment. duit mmg kopak skit. tp i hope ia akan jadi landasan terbaik utk anak i capai cita2 dia nnti. : )