Saturday, March 13, 2010

GABBA GABBA!

Benda paling potong bila kita dah rancang sesuatu untuk direncanakan tetapi terbantut bila khidmat kita diperlukan oleh manusia-manusia yang mementingkan diri sendiri. Aku ingat hari ini nak bawak Anggun jalan2, tak alih - alih kena kerja pulok!

Nanti daddy bawak k.. I'm sorry!

Tahun ni banyak manifesto aku nak buat untuk diri sendiri antaranya mempunyai band projek. Bukan aku dah give up dengan BAU, hanya ingin mencuba sesuatu yang baru.
Kali ini aku bertindak sebagai vokalis dan gitaris. 2 dari anggota band ini Daud (gitar) dan An (drum) berasal dari band BAU juga. Jadi tiada apa-apa dengan isu. Pemetik 4 tali besar pula oleh Wanjah.

Semalam GABBA GABBA telah berkumpul dan berlatih buat pertama kalinya di BONANG STUDIO. Yang boleh aku cakap, hasilnya MENARIQUE!
Nuasa musik yang lebih rileks dan bersahaja menjadi makanan kepada band projek ini selain imej baru yang cuba dipamerkan. Kami akan merakamkan single pertama pertengahan bulan April. Kepada semua diluar, sokongan anda amat dialu - alukan.

Aku akan mengemas kini segala tentang band misteri ini.

Misteri? hahaha..


2 comments:

syukrina othman said...

All The Best Ash!!

Zana said...

MENARIQUE! TERTARIQUE! KO MEMANG DA BOOM........GOOD LUCK ASH.......