Tuesday, March 30, 2010

Tuhan..

Tuhan,
Boleh tak kau ambik nyawa aku dulu,
Sebab aku tak sanggup menanggung bebanan yang kau berikan.

Tuhan,
Pilihlah aku untuk berperang, kerna aku ingin mati syahid dari mati begini.
Aku tahu aku hambamu yang hina, makbulkan lah doaku ini.

Tuhan,
Andai kata kau makbulkan doaku
Kau jadikan permataku seorang yang solehah
Hanya itu harta yang aku sayang.

Tuhan,
Kalau kau tidak mahu matikan aku
Kau butakan lah mataku, pendengaranku agar aku terus terputus dengan dunia ini.
Janganlah bebankan aku dengan bebanan yang tak dapat aku tanggung.

Tuhan,
Aku mohon pada kau.
Aku faham kau yang maha besar dan maha mengetahui.
Kau berikan lah pembalasan yang setimpal kepada mereka.
Aku tidak punya apa kecuali engkau.

Aku bersumpah dengan aliran daulat sulaiman a.s yang masih tertinggal di dalam darah ini.
Hidup mereka tidak akan bahagia dan aman buat selamanya.

2 comments:

syukrina othman said...

ya rabb ku,
engkau kurniakan lah kesabaran yang tinggi seperti kesabaran nabi ayub alaihi salam kepada empunya blog ini.

Ya Allah ku,
engkau berikanlah dia kebahagiaan hidup dunia dan akhirat buat si penulis blog ini.

Ya khaliq ku,
engkau kuatkan lah hatinya dengan apa jua yang turun kepadanya.

Ya Ar-Rahman,
Engkau lembutkan lah hati tuan punya blog ini seperti lembutnya besi yang dilembutkan oleh nabi daud Alaihi salam.

ameen, ya rabb..

Ina Allen said...

Allah sentiasa menguji hambaNya dengan ujian yang hamba itu boleh tanggung. Semoga diberi kekuatan. =)