Monday, March 29, 2010

Aku dalam rehab

Aku sering dipelecehkan,
Aku sering diperbodohkan..
Tapi sebenarnya aku sedang memerhatikan kebodohan mereka di depan mata.

Aku sering dipersalahkan
Aku sering dituduh penjenayah
Tapi sebenarnya aku sedang memerhatikan penjenayah yang sedang menyembunyikan kesalahan.

Aku kini hidup diruang sel-sel kehidupan yang tak mampu aku berdiri.
Kiri kanan aku semua memerhati dan mendiamkan diri.
Aku dilayan seperti penjenayah yang akan menerima hukuman gantung!
Aku dilarang bersuara.

Hati ini terlalu baikkan?
Bilakah hati ini mahu kebal?
Supaya aku boleh dilabel terrorist!

Aku hilang jati diri
Pendapatku dipelecehkan oleh mereka-mereka yang menanti untuk menangkap hasil tangkapan aku saat ia sakit.
Aku telah disuapkan dengan dadah dirancang perbuatannya.

Kini aku dalam rehab
Dikelilingi besi-besi matrix
Mengawal masalah ketagihan rusuk kiriku yang patah.

Kapan lagi harus aku mengigil?
Aku ingin pulih.
Anggap aku tak pernah tahu.


Bukit Tunku


1 comment:

SaYa iNsaN bIasE said...

sabar ash..
everything will be fine...
kuatkan diri demi anggun...
insyaallah OK