Sunday, July 19, 2009

hati..

hati itu halus
ada yang keras macam batu
ada yang hati busuk macam babi!
hati itu ada yang lembut
mudah berubah sekelip mata
terpulang pada situasi..
bila hati itu sudah terdetik pada yang lain
tertawan kah?
hati terlalu senang untuk terjatuh
terpulang pada situasi..
hati manusia senang berubah.
hati manusia siapa yang tahu?
tanya hati sendiri..

p/s: tawar hati..


Sunday, July 12, 2009

masterpiece..

Lama sudah aku tidak berkarya. Setelah hampir 3 bulan hidup dengan jiwa yang tak tenang. Tiba - tiba aku diberikan idea yang bagi aku boleh dikategorikan sebagai masterpieces aku yang paling istimewa. Thank you Allah. Terkadang tu aku berbicara sendiri.. kenapa kau berikan aku idea yang sangat istimewa ini disaat dia telah pergi? Aku tunggu terlalu lama untuk itu Ya Allah.. kenapa tidak kau berikan aku semua ini disaat dia memerlukan?

Teringat aku dengan karya Ahmad Dhani "hadapi dengan senyuman". Aku sangat teruja dengan 4 rangkap pertamanya didalam lagu ini :-

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua akan baik-baik saja

Sejujurnya bagi aku ayat-ayat ini terlalu bersahaja dan biasa.. tetapi kalau kita amati sambil merasainya sendiri. Ayat - ayat ini memberikan kita satu rasa yang tersangat istimewa iaitu semangat dan kuasa. Semangat untuk terus hidup walau perit mana kehidupan yang kita lalui..kuasa untuk melakukannya.

Disini aku berdoa agar kau berikan aku semangat dan kuasa di dalam masterpiece ku ini agar aku dapat menghasilkan satu karya yang tersangat ikhlas. Aku berharap masterpiece ku ini dapat memberikan pengajaran yang sangat berguna untuk hambanya yang lain juga. Amin..

P/s : Akan melakukan satu pengorbanan yang akan mengubah hala tujuan hidup sendiri..ikhlas melakukannya kerana ****. Korang sanggup ke? langit tak sentiasa cerah beb!

Saturday, June 27, 2009

hari seniman kebangsaan 2009

Pagi sabtu yang boring..

Aku tengok isma masih tidur, kahoe pula bangun-bangun dah sibuk check facebook..kahoe ni dah tiga hari terjebak kat rumah aku. Aku tengok mamat ni dengan kawan dia, mahesh dah syok membuang waktu di rumah aku. Tak kisahlah, lagipun mereka - mereka ni cool..

Selepas semua dah bangun, mandi dan mencuci daki, air liur basi masing - masing aku, kahoe dan isma dah bersiap - siap menuju ke restoran Wak Chai di Taman Tun Dr Ismail. Ingatkan mula - mula tu nak pekena bihun goreng singapura di Penang Mari, alih - alih dah tak wujud dah tempat tu. Hmmm, renovation barangkali..

Aku plan nak hantar kahoe balik rumah dia kat damansara jaya lepas makan, kebetulan aku dan isma pun memang sibuk lepas tu kerana ada meeting dengan bos aku, Datuk Md Afendi Datuk Haji Hamdan. So tanpa membuang waktu, kami pun menikmati hidangan yang telah tersedia di hadapan mata dengan gelojohnya.

Hari ini sebenarnya aku dah plan dengan Alek, Qi Razali, Edwin TWKUA semua nak pergi urbanscape @ KLpac. Tapi nak buat cam mana..malam nanti pun ada jamming dengan BAU.

Ketika sedang menikmati asap rokok yang membunuh selepas pekena kuey tiew gorang yang sedap ini, aku dapat sms dari bos. Dia cakap dia nak keluar rumah dah, jadi meeting besok sahaja. Hmm, aku ok kan aja! aku budget dapatlah aku lari ke urbanscape jap, isma pula nak balik rumah, kahoe pun nak join isma. Sangkut lagi budak ni kat rumah aku. Get a life bro..hi hi hi.. So aku dengan confidentnya, balik umah dan terus bersiap..URBANSCAPE! I'M COMING!!..

Selepas itu, baik punya sms muncul..it's from Datuk again. "Come to tropicana 7.30pm malam ni pakai smart. Follow me to angkasapuri ada Hari Seniman, Invitation from Minister". Memang cancel semua plan ku, baik jamming mahupun urbanscape.

Tentang hari seniman tu aku malas la nak cerita, nanti orang ingat aku berlagak pula nanti..senang cerita, baca je la surat khabar..event kerajaan mesti keluar punya..hehehe..

p/s : Memang aku boring..

Friday, June 12, 2009

orang yang rugi

hidup ini terlalu pendek untuk bersedih
kerana kegembiraan itu pasti akan wujud
senyumlah akan kedatangannya.

pernah kita merasa bahagia
aku pernah, terlalu bahagia
kerana aku ada kau dan dia.

kini segalanya itu hilang
kemana? kita tentukan
kau telah pergi tanpa bahagia

Aku pernah gagal untuk memberi, yang pasti semua manusia juga pernah. Bila orang memberi, kita haruslah menerima. Penerima juga perlulah tahu apa maknanya pemberian itu, bukan untuk dibuang, tapi untuk kita mengerti dan menghargai agar menerimanya dengan telus, ikhlas dan berkongsi pemberian itu bersama pemberi..

Bila kita diberi peluang itu, janganlah kita melepaskannya. Saat peluang itu pergi, ia pergi tak kembali. Jika peluang itu kembali, hargailah ia kerana orang yang melepaskan peluang itu adalah orang yang rugi.

Aku tergolong dalam manusia yang rugi itu..kerana aku sedang meratap.

Tapi kenapa kita sukar untuk memberi..takut sakit? Bukan ke dah sakit? buktikan kejantanan mindamu! belajarlah memberi..

p/s : Adalah lebih baik orang mencintai diri kita daripada kita mencintai orang itu. Kerana kita mudah merubah pendirian..











Wednesday, May 27, 2009

minggu yang hebat

Malam ini malam khamis.

Peresit kota sibuk bersiap mencari mangsa..
Mat rempit berkumpul di dataran merdeka mencari bohsia untuk diratah bersama.
Baik - baik bawa diri, maruah pun jangan lupa nak dijaga.

Kah..Kah..Kah..bila nak habis?

Minggu ini aku harus menyiapkan dua tugas. Tugas pertama, aku kena habiskan music scoring untuk telefilem " Wira Malam " arahan sulung, Adam AF3. Tiada apa untuk dibanggakan dalam produksi ini.. plot yang lembab, lakonan macam kayu!

Tugas kedua..

Sekali lagi aku bergadingan dengan isma yusoof dalam penerbitan lagu.
Lah ni... aku dengan Isma sedang merekacipta beat untuk lagu terbaru beliau,
"Akan Ku Jumpa" yang bakal dimuatkan di dalam drama bersiri terbitan radius one,
TARI TIRANA. Mengikut perancangan awal lagu ini bakal di suarakan oleh salah seorang peserta OIAM musim pertama, Azfar.



Transformasi..


kugiran BAU


Kugiran BAU..

Serba sedikit sejarah dan hikayat tentang mereka. Single terbaru mereka, Anggun telah diangkat ke dalam siri drama MERAH PUTEH arahan Isma Yusoof.

" From a fusion of Indie, Pop, Rock and Alternative trends, a new equation was created,thus resulting in the raw and unique music of BAU. This captivating new 5-piece alternative rock Malay band was found in early 2002 due to the initiative of Ash, who worked as a producer, arranger and songwriter whilst nurturing a vision to create a group that would lift the local music scene to a new level. With music as the prime connection, Ash teamed up with Chot, Dino, Audee and An. From the onset, these 5 young lads fused their talents to produce phenomenal ideas. Ash is the acknowledged pinnacle of the band, but truly, it is the band’s songs that separate them as accomplished artistes in their own right. Their music depicts a bold and vibrant streak, laced with lyric that exude penetrating originality.
Fast forward to 2008 and BAU had undergone a few major changes most notably in their lineup. Former lead singer and bassist Chot and Audee have parted ways with the band, citing financial commitments and creative differences to name a few, which leaves the remaining members in a dilemma with the choice of soldiering on or calling it a day. Band leader Ash chose the former,and hence three new members were recruited for the lineup. First is the introduction of new vocalist Iss. After a few painstaking auditions and sessionists for former member Chot's replacement,it was unanimously decided that Iss was the right contender to fill Chot's shoes. Next is new bassist Nas, armed with funky and intelligent basslines, was brought in to replace former bassist Audee as their new member. Last is rythm guitarist Daud or D for short. As time had progress, Ash who was handling both rythm and keyboard duties,had decided to relinquish playing rythm for the band and decided that they needed an extra member to fill in said gap. Now with their new lineup complete, BAU is finally whole again. As time progressed the band's music had also matured into a more eclectic and progressive sound,they are ready to soldier on and make their voices heard. "

Tuesday, May 26, 2009

kembali dengan tenang

Kembali.

Sudah berkurun aku tidak menulis. Rimas agaknya jari jemari ini untuk menari di atas papan kekunci menelanjangkan maruah. Sekarang boleh, telanjang sudah.

Selamat pulang.

Sementara menanti kawan seperjuangan tiba untuk menumpang, aku buat - buat sibuk di pejabat sambil menimba ilmu dengan bangsa asing. Hari ini terlalu banyak kehendak kehidupan yang harus dilaksanakan. Kini kehidupan aku sebagai sahabat, saudara, bapa, suami dan hamba lebih bermaruah. Keikhlasan diperlukan untuk itu, kemahuan, pengajaran.

Terasa rindu..biarlah.
Aku tahu, dia tahu.

Hari ini sebenarnya hari lahir salah seorang kerabatku, Tengku Daud Shah. Aku pun terlupa, hadiah pun tak beli lagi. Salah seorang laskar BAU. Terima Kasih untuk itu. Cahaya neon yang terang - sang dikelilingi restoran - restoran mewah di the walk membuatkan mataku berpija
r.

Lapisan udara yang terang - sang..