Sunday, July 12, 2009

masterpiece..

Lama sudah aku tidak berkarya. Setelah hampir 3 bulan hidup dengan jiwa yang tak tenang. Tiba - tiba aku diberikan idea yang bagi aku boleh dikategorikan sebagai masterpieces aku yang paling istimewa. Thank you Allah. Terkadang tu aku berbicara sendiri.. kenapa kau berikan aku idea yang sangat istimewa ini disaat dia telah pergi? Aku tunggu terlalu lama untuk itu Ya Allah.. kenapa tidak kau berikan aku semua ini disaat dia memerlukan?

Teringat aku dengan karya Ahmad Dhani "hadapi dengan senyuman". Aku sangat teruja dengan 4 rangkap pertamanya didalam lagu ini :-

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua akan baik-baik saja

Sejujurnya bagi aku ayat-ayat ini terlalu bersahaja dan biasa.. tetapi kalau kita amati sambil merasainya sendiri. Ayat - ayat ini memberikan kita satu rasa yang tersangat istimewa iaitu semangat dan kuasa. Semangat untuk terus hidup walau perit mana kehidupan yang kita lalui..kuasa untuk melakukannya.

Disini aku berdoa agar kau berikan aku semangat dan kuasa di dalam masterpiece ku ini agar aku dapat menghasilkan satu karya yang tersangat ikhlas. Aku berharap masterpiece ku ini dapat memberikan pengajaran yang sangat berguna untuk hambanya yang lain juga. Amin..

P/s : Akan melakukan satu pengorbanan yang akan mengubah hala tujuan hidup sendiri..ikhlas melakukannya kerana ****. Korang sanggup ke? langit tak sentiasa cerah beb!

No comments: