Friday, June 12, 2009

orang yang rugi

hidup ini terlalu pendek untuk bersedih
kerana kegembiraan itu pasti akan wujud
senyumlah akan kedatangannya.

pernah kita merasa bahagia
aku pernah, terlalu bahagia
kerana aku ada kau dan dia.

kini segalanya itu hilang
kemana? kita tentukan
kau telah pergi tanpa bahagia

Aku pernah gagal untuk memberi, yang pasti semua manusia juga pernah. Bila orang memberi, kita haruslah menerima. Penerima juga perlulah tahu apa maknanya pemberian itu, bukan untuk dibuang, tapi untuk kita mengerti dan menghargai agar menerimanya dengan telus, ikhlas dan berkongsi pemberian itu bersama pemberi..

Bila kita diberi peluang itu, janganlah kita melepaskannya. Saat peluang itu pergi, ia pergi tak kembali. Jika peluang itu kembali, hargailah ia kerana orang yang melepaskan peluang itu adalah orang yang rugi.

Aku tergolong dalam manusia yang rugi itu..kerana aku sedang meratap.

Tapi kenapa kita sukar untuk memberi..takut sakit? Bukan ke dah sakit? buktikan kejantanan mindamu! belajarlah memberi..

p/s : Adalah lebih baik orang mencintai diri kita daripada kita mencintai orang itu. Kerana kita mudah merubah pendirian..











No comments: