Pagi sabtu yang boring..
Aku tengok isma masih tidur, kahoe pula bangun-bangun dah sibuk check facebook..kahoe ni dah tiga hari terjebak kat rumah aku. Aku tengok mamat ni dengan kawan dia, mahesh dah syok membuang waktu di rumah aku. Tak kisahlah, lagipun mereka - mereka ni cool..
Selepas semua dah bangun, mandi dan mencuci daki, air liur basi masing - masing aku, kahoe dan isma dah bersiap - siap menuju ke restoran Wak Chai di Taman Tun Dr Ismail. Ingatkan mula - mula tu nak pekena bihun goreng singapura di Penang Mari, alih - alih dah tak wujud dah tempat tu. Hmmm, renovation barangkali..
Aku plan nak hantar kahoe balik rumah dia kat damansara jaya lepas makan, kebetulan aku dan isma pun memang sibuk lepas tu kerana ada meeting dengan bos aku, Datuk Md Afendi Datuk Haji Hamdan. So tanpa membuang waktu, kami pun menikmati hidangan yang telah tersedia di hadapan mata dengan gelojohnya.
Hari ini sebenarnya aku dah plan dengan Alek, Qi Razali, Edwin TWKUA semua nak pergi urbanscape @ KLpac. Tapi nak buat cam mana..malam nanti pun ada jamming dengan BAU.
Ketika sedang menikmati asap rokok yang membunuh selepas pekena kuey tiew gorang yang sedap ini, aku dapat sms dari bos. Dia cakap dia nak keluar rumah dah, jadi meeting besok sahaja. Hmm, aku ok kan aja! aku budget dapatlah aku lari ke urbanscape jap, isma pula nak balik rumah, kahoe pun nak join isma. Sangkut lagi budak ni kat rumah aku. Get a life bro..hi hi hi.. So aku dengan confidentnya, balik umah dan terus bersiap..URBANSCAPE! I'M COMING!!..
Selepas itu, baik punya sms muncul..it's from Datuk again. "Come to tropicana 7.30pm malam ni pakai smart. Follow me to angkasapuri ada Hari Seniman, Invitation from Minister". Memang cancel semua plan ku, baik jamming mahupun urbanscape.
Tentang hari seniman tu aku malas la nak cerita, nanti orang ingat aku berlagak pula nanti..senang cerita, baca je la surat khabar..event kerajaan mesti keluar punya..hehehe..
p/s : Memang aku boring..
Saturday, June 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment