Wednesday, March 31, 2010

Bila Cinta Beransur - Ansur Hilang..

Aku menerima email dari seorang teman yang mengirimi kisah ini. Aku pernah membaca kisah ini yang asalnya ditulis dalam bahasa inggeris dan kemudiannya membaca versi diterjemahkan ke bahasa indonesia. Aku kira, ramai yang sudah mengalami masalah yang sebegini, lebih-lebih lagi bila pasangan suami isteri sudah melepasi masa 'berbulan madu' dan mula merasakan sedikit kongkongan dari ikatan perkahwinan mereka. bukan sesuatu yang menghairankan kerana sekarang memang jadi satu kelaziman yang pasangan mula berpisah dan bercerai. dan terus terang aku akui, aku juga pernah mengalaminya juga. belajarlah sesuatu dari kisah di bawah, kerana aku pasti, kebanyakan dari kita pasti akan mengalaminya sendiri lewat perkahwinan nanti.

Suami saya adalah seorang jurutera komputer, dan saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih, lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya.

Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan."

Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?"

Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada satu soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok."

Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya."

Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complex tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencari dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."

"Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku... biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang- barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Tuesday, March 30, 2010

Tuhan..

Tuhan,
Boleh tak kau ambik nyawa aku dulu,
Sebab aku tak sanggup menanggung bebanan yang kau berikan.

Tuhan,
Pilihlah aku untuk berperang, kerna aku ingin mati syahid dari mati begini.
Aku tahu aku hambamu yang hina, makbulkan lah doaku ini.

Tuhan,
Andai kata kau makbulkan doaku
Kau jadikan permataku seorang yang solehah
Hanya itu harta yang aku sayang.

Tuhan,
Kalau kau tidak mahu matikan aku
Kau butakan lah mataku, pendengaranku agar aku terus terputus dengan dunia ini.
Janganlah bebankan aku dengan bebanan yang tak dapat aku tanggung.

Tuhan,
Aku mohon pada kau.
Aku faham kau yang maha besar dan maha mengetahui.
Kau berikan lah pembalasan yang setimpal kepada mereka.
Aku tidak punya apa kecuali engkau.

Aku bersumpah dengan aliran daulat sulaiman a.s yang masih tertinggal di dalam darah ini.
Hidup mereka tidak akan bahagia dan aman buat selamanya.

Monday, March 29, 2010

Aku dalam rehab

Aku sering dipelecehkan,
Aku sering diperbodohkan..
Tapi sebenarnya aku sedang memerhatikan kebodohan mereka di depan mata.

Aku sering dipersalahkan
Aku sering dituduh penjenayah
Tapi sebenarnya aku sedang memerhatikan penjenayah yang sedang menyembunyikan kesalahan.

Aku kini hidup diruang sel-sel kehidupan yang tak mampu aku berdiri.
Kiri kanan aku semua memerhati dan mendiamkan diri.
Aku dilayan seperti penjenayah yang akan menerima hukuman gantung!
Aku dilarang bersuara.

Hati ini terlalu baikkan?
Bilakah hati ini mahu kebal?
Supaya aku boleh dilabel terrorist!

Aku hilang jati diri
Pendapatku dipelecehkan oleh mereka-mereka yang menanti untuk menangkap hasil tangkapan aku saat ia sakit.
Aku telah disuapkan dengan dadah dirancang perbuatannya.

Kini aku dalam rehab
Dikelilingi besi-besi matrix
Mengawal masalah ketagihan rusuk kiriku yang patah.

Kapan lagi harus aku mengigil?
Aku ingin pulih.
Anggap aku tak pernah tahu.


Bukit Tunku


Friday, March 26, 2010

Separuh Jiwaku Pergi


Separuh jiwaku pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka

Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua








Thursday, March 25, 2010

Sang Mantan

Dulu aku kau puja
Dulu aku kau sayang
Dulu aku
sang juara
Yang selalu engkau cinta
Kini roda telah berputar

Kini aku kau hina
Kini aku kau buang
Jauh dari hidupmu
Kini aku sengsara
Roda memang telah berputar

Mana janji manismu
Mencintaiku sampai mati
Kini engkau pun pergi
Saat ku terpuruk sendiri

Akulah sang mantan
Akulah sang mantan

Sakit teriris sepi
Ketika cinta telah pergi

Akulah sang mantan
Akulah sang mantan

Mana janji manismu
Setia sampai aku mati
Kini engkau pun pergi
Saat ku jatuh dan sendiri

Mana janji manismu
Mencintaiku sampai mati
Kini engkau pun pergi
Saat ku terpuruk sendiri

Akulah sang mantan
Akulah sang mantan
Akulah sang mantan
Akulah sang mantan

Mana janji-janjimu


Wednesday, March 24, 2010

Berakhirnya Hak Itu

Terimalah dengan hati terbuka
Bahwa hak engkau telah tiada
Sedalam mana ruang kau tinggalkan untuknya
Tutuplah dengan rela.

Menangislah sehingga kering airmata
Kau tidak dapat lari dari kenyataan dunia
Bila hati sudah tertutup
Perubahan tidak membawa kesan.

Berjalan lah..
Jangan kau pandang lagi kebelakang
Carilah ilmu yang kau tinggalkan sekian lama
Kembalikan martabatmu yang telah diperlecehkan.

Jangan difikirkan lagi milik siapakah dia
Janganlah kau menghitung hari lagi
Kau telah pun mencuba..

Terimalah kenyataan ini
Dia bukan lagi milikmu.
Biarkan penjenayah cinta itu berbicara.

Kerana hak, Janganlah engkau menjadi seorang penjenayah!



Bukit Tunku
25 Mar 2010
13:36 PM






Monday, March 22, 2010

Akhir Cerita Cinta

Sandiwarakah selama ini
Setelah sekian lama kita telah bersama
Inikah akhir cerita kita
Yang selalu aku banggakan didepan mereka

Entah dimana kusembunyikan rasa malu

Kini harus aku lewati
Sepi hariku tanpa dirimu lagi
Biarkan kini ku berdiri
Melawan waktu untuk melupakan mu
Walau pedih hati namun aku bertahan