Bahwa hak engkau telah tiada
Sedalam mana ruang kau tinggalkan untuknya
Tutuplah dengan rela.
Menangislah sehingga kering airmata
Kau tidak dapat lari dari kenyataan dunia
Bila hati sudah tertutup
Perubahan tidak membawa kesan.
Berjalan lah..
Jangan kau pandang lagi kebelakang
Carilah ilmu yang kau tinggalkan sekian lama
Kembalikan martabatmu yang telah diperlecehkan.
Jangan difikirkan lagi milik siapakah dia
Janganlah kau menghitung hari lagi
Kau telah pun mencuba..
Terimalah kenyataan ini
Dia bukan lagi milikmu.
Biarkan penjenayah cinta itu berbicara.
Kerana hak, Janganlah engkau menjadi seorang penjenayah!
Bukit Tunku
25 Mar 2010
13:36 PM
No comments:
Post a Comment