Sekali pun kita merasa lelah didalam sesuatu situasi itu, kita terpaksa membijakkan diri mengawal emosi supaya tidak menjadi manusia yang rugi.
Ada juga segelintir manusia yang suka berkongsi emosi hanya untuk menarik perhatian wanita. Siapa? Mungkin ada diantara kita, kaum adam amnya tetapi yang pasti itu bukan cara aku.
Jawapan yang sering diberikan kepada golongan terpengaruh dengan manusia sebegini. "Diakan manusia juga, tak salahkan, dia ada hak.."
Tiada yang salah, semuanya betul..
Dalam kesibukan aku melunaskan segala tanggungjawap di kantor. Aku masih dapat memenuhi waktu malamku dengan kerja - kerja produksi.
Waktu ini aku dalam proses menyiapkan single kepada juara Sehati Berdansa 3, Sein dan Nana "Bersama Kita" dan sebuah lagu patriotik.
Single yang masih belum bertajuk ini memberi impak ke dalam diri aku secara peribadi kerana aku telah membanjirkan semua rasa jiwa kedalam lagu ini. Terima Kasih dari hati kepada Sein kerana sanggup untuk bekerjasama.
Lagu patriotik pulak aku buat pasal nak cari makan saja. Tiada semangat politik didalam bait katanya cuma ritmanya sahaja lebih kearah konsep 1 Malaysia yang diceduk dari idea 1 Israel. Boleh?
Aku ikhlas.
p/s: Sedang aku menaip papan kekunci macbook putih pemberian isteri, ada manusia yang tidak dapat mengawal emosi pulak dalam kantor ni. Alahai manusia..Tapi tiada masalah. Boleh diselesaikan. Emosinya terganggu bukan untuk menarik perhatian wanita :)
1 comment:
wah..macbook pemberian isteri ;)
Post a Comment