Thursday, August 13, 2009

Antara Seni Dan Politik

Kelakar lah aku tengok dengan situasi orang seni dan orang politik sekarang ini.
Orang seni bertutur kata seperti orang politik dan orang politik sebaliknya. Hmm..

Perlukah beb?

Bagi aku seni itu adalah dari hati. Seni tidak boleh dibeli.
Diploma dan degree itu hanya tuntutan kehidupan kerna tidak semestinya bijak itu cerdik. Kita boleh belajar tentang seni kerana minat. seni yang asli itu datang dari darah dan genetik keturunan. anugerah dari raja manusia.


Contoh : Wolfgang Amadeus Mozart boleh mencipta lagu untuk orkestra ketika beliau berusia 4 tahun.


Begitu juga dengan orang politik, ia datang dari darah dan genetik keturunan. Kita boleh menuntut kerana minat.

Bila orang bangga BERBICARA tentang politik, aku teringat ketika aku sedang bersembang dengan Ezam Mohd Nor sebulan yang lepas. "Tidak ada kepercayaan dalam politik kerana dalam politik, hanya ada kemahuan. aku ada kemahuan aku, kau ada kemahuan engkau."

POLITIK - KEMAHUAN
POLITIK UNTUK RAKYAT - KERJA
SENI - MACAM - MACAM DA...

Tak kisah lah parti apa pun.
BULAN, KERIS, BONTOT, ROKET sama je semua..

Orang politik ada seninya sendiri iaitu melalui kata - katanya.
Bagaimana dengan orang seni yang bermain kata seperti ahli politik yang masyur?

*biarkan lah mereka nak berseni dan berpolitik.

Damai!

No comments: