Wednesday, September 17, 2008

di sebalik kisah 1 september EMI


Tanggal 1 September lalu merupakan suatu tarikh yang mungkin sukar untuk dilupakan oleh EMI Music Malaysia (EMI) selepas hampir 42 tahun syarikat rakaman bertaraf antarabangsa itu beroperasi dan bertapak di negara ini.
Ini kerana, selepas tarikh tersebut, anak syarikat yang beribu pejabat di London, United Kingdom (UK), itu tidak lagi beroperasi dalam memasar dan mengedarkan lagu-lagu serta album-album terbitannya.
Sebaliknya, difahamkan operasi pemasaran dan pengedaran untuk tiga tahun berikutnya mulai 1 September lalu telah diambil alih oleh Kumpulan Warner Music (WMG), di mana ia turut melibatkan cawangan-cawangan EMI di Thailand, Korea, Singapura, Hong Kong dan Indonesia.
Kontrak pengambilalihan dua operasi penting dalam perniagaan EMI itu antara lain membabitkan artis-artis, lagu-lagu serta album-album tempatan yang masih berada dalam simpanan serta hak milik syarikat rakaman tersebut sejak era tahun 1960-an sehinggalah kini.
Kita berharap agar khazanah lagu-lagu serta album-album Melayu artis-artis tempatan yang masih berada dalam simpanan EMI tidak hilang begitu sahaja kerana ia merupakan aset penting yang boleh diguna pakai untuk rujukan generasi akan datang.
Perkembangan terbaru dalam industri rakaman album itu tidak mengejutkan ramai pengiat muzik tanah air kerana ia ekoran daripada senario yang sedang melanda persada muzik walau di mana-mana juga sejak akhir-akhir ini.
Ia antaranya disebabkan sambutan dan jualan album-album yang dikatakan semakin kurang memberangsangkan kerana persaingan sengit daripada trend muat turun lagu-lagu di Internet, menerusi telefon bimbit, selain masalah cetak rompak yang tidak pernah berkesudahan sejak puluhan tahun lalu. (Kerana jerung-jerung industri sendiri juga, mereka dah makin kaya, dah buat syarikat pernebangan, dah jadi pengerusi pesatuan kononnya cetak rompak tak dapat dihapuskan..kenapa budak-budak indie , mencetak lagu sendiri masih dan makin stabil saja..lu pikirlah sendiri..Jins Shamsuddin, Apa cerita??).
Pengecilan operasi dalam syarikat-syarikat rakaman, termasuklah EMI sebagai antara yang tertua di dunia iaitu berusia hampir 106 tahun, secara tidak langsung mengambarkan banyak perubahan yang sedang berlaku dalam industri rakaman album ketika ini dan pada masa depan.
Antaranya, soal peralihan trend dan teknologi dalam industri rakaman album yang kini berdepan dengan cabaran serta cakupan pasaran yang lebih luas skopnya sesuai dengan 'dasar langit terbuka' yang sudah lama melanda di seluruh dunia.
Dalam erti kata lain, syarikat rakaman kini tidak boleh lagi bergantung kepada produk seperti piring hitam, kaset serta cakera padat (CD) semata-mata, sebaliknya mereka haruslah berjalan seiring dengan perkembangan teknologi dan permintaan dalam industri muzik semasa.
Syarikat rakaman bukan setakat harus mengubah trend format penerbitan produk-produk mereka, tetapi karyawan seperti komposer, penyanyi dan pemuzik juga haruslah sentiasa peka dengan perkembangan muzik semasa yang sering berubah-ubah.
Kalaulah syarikat rakaman antarabangsa seperti EMI pun terpaksa tunduk dengan tekanan dan cabaran seperti itu, maka syarikat-syarikat rakaman tempatan yang umpama 'ikan bilis' juga sudah semestinya tidak terkecuali terkena bahangnya.
Hakikat itu dapat dilihat apabila sejak lima tahun kebelakangan ini banyak syarikat rakaman tempatan yang terpaksa gulung tikar kerana masalah-masalah tersebut.
Senario itu diburukkan lagi dengan sikap stesen-stesen radio swasta yang lebih mengutamakan penyiaran lagu-lagu artis luar negara, selain kurangnya daya saing dan mutu lagu-lagu yang dihasilkan oleh para karyawan muzik kita. (kronisme, balik-balik komposer yang sama..). Dasar, sokongan dan penguatkuasaan daripada pihak-pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Kementerian Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Penerangan misalnya, amat diperlukan bagi membantu memulihkan semula industri rakaman album yang semakin tenat di negara ini.
Penguatkuasaan akta hakcipta karyawan muzik, agihan royalti dan Dasar Muzik Negara yang pernah heboh dicanangkan sebelum ini juga sepatutnya dikemuka serta diperhalusi semula peranannya.
Malah, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW) yang dipertanggungjawapkan menjaga bidang kesenian termasuklah seni muzik haruslah memikirkan secara serius tentang perkembangan yang sedang berlaku ini.
Seperti yang pernah diusulkan menerusi KPKKW sebelum ini, penubuhan Perbadanan Kemajuan Muzik Nasional Malaysia juga seakan-akan dipandang sepi berbanding industri perfileman yang sudah lebih 25 tahun mendapat pembelaan daripada kementerian terbabit.
Sokongan pihak-pihak terbabit sedikit sebanyak boleh menyumbang kepada perkembangan dalam industri hiburan secara keseluruhannya kerana bidang muzik antara seni yang popular di negara ini selain dunia lakonan.
Jika syarikat rakaman gergasi seperti EMI pun sudah tidak mampu lagi untuk meneruskan survivalnya dalam penerbitan album, maka apa pula nasib yang akan menimpa para komposer, penulis lirik, penyanyi dan pemuzik kita selepas ini?
Bayangkan, apakah juga yang akan berlaku dalam industri hiburan tempatan jika tiada lagi syarikat rakaman atau penyanyi yang sanggup menerbitkan album untuk sajian halwa telinga generasi akan datang?
Maka, ketika itu kita mungkin terpaksa berdepan dengan masalah yang lebih besar termasuklah penjajahan era baru bukan sahaja daripada segi ekonomi tetapi juga budaya dan pemikiran.

Tuesday, September 2, 2008

宣言しなさい manifesto!!


MANIFESTO – BAU

DIDEPAN KITA ADA JALAN
JALAN KE LALUAN KECEMASAN
TAPI MENGAPA MASIH ADA
ORANG CELIK MACAM ORANG GILA

KECEWA DIRI SENDIRI KERING GUSI
TAHU MALU MASIH BERDIAMKAN GIGI

MANIFESTO..(2X)
MANIFESTO DIRI
MANIFESTO..(2X)
MANIFESTO DIRI

BANYAK SUDAH BANGSA MENGATA
SEHINGGA KE PERHIMPUNAN AGUNG KITA
ATAS DASAR APA KITA PERCAYA
TAK AKAN MELAYU HILANG DIDUNIA?

MAHU TOLONG ORANG SERIK DAH MENOLONG
TAPI SENDIRI HANYA TAHU MELOLONG

REPEAT CHORUS

MENTERA MUZIKALNYA
ANGGAP AKU INGIN TOLONG BANGSA
JIKA TERASA PEDAS AMPUNKANLAH DOSA

JATUH BANGUN KITA DITENTUNYA
JATUH BANGUN KITA YANG MERASA
JATUH BANGUN KITA DITENTUNYA
JATUH BANGUN KITA YANG MERASA


MUSIC & WORDS : ASH BAU

Lagu & Lirik ini dicipta pada tahun 2006. Ketika itu Zaman Tun Mahathir sudah bersara. Sebagai anak Malaysia yang lahir pada zaman "Tun Mahathir", saya berani berkata bukan hanya saya seorang saja yang merasakan kehilangannya, malah saya percaya hampir seluruh rakyat Malaysia tidak kira warna kulit turut merasainya. Tun Dr Mahathir Mohamad bagaikan bapa kepada rakyat Malaysia. Tak semudah itu jasanya dilupakan walaupun ada pihak yang bermati-matian cuba menafikannya..Sebagai rakyat, sudah tentu perasaan cemas muncul ketika beliau meletakkan jawatan. Bermacam - macam persoalan timbul di lubuk hati, bolehkah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi meneruskan wawasan 2020? Bagaimana pula dengan ekonomi negara? Bolehkah ia stabil seperti sebelumnya? Bagaimana pula dengan imej Malaysia dimata dunia? Bolehkah penggantinya selantang suaranya? Mampukah penggantinya membuat pilihan yang bijak untuk keamanan rakyatnya? Saya percaya seluruh rakyat Malaysia berfikiran sedemikian ketika itu. Atas dasar ini, saya mengambil inisiatif untuk mencipta sebuah lagu secara amnya untuk orang melayu agar jangan leka dan terus berusaha untuk memajukan diri sendiri setanding dengan bangsa bangsa yang lain. Bukankah itu salah satu amanat Tun untuk kita? Sekarang ini pun sudah nampak
mimpi ngeri hampir menjadi kenyataan..Anda boleh mendengar lagu ini di www.myspace.com/baufc

P/S : Kenapa kerajaan Malaysia tidak melantik Tun Mahathir sebagai Penasihat untuk negara seperti yang dilakukan oleh Singapura terhadap Lee Kuan Yew? Tak sangka orang Melayu masih
"mudah lupa".. Nak tunggu sampai MALAYSIA jadi CHINESSIA ke? mereka pun dah semakin hilang hormat kepada kita..